CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, October 19, 2008

saham jatuh lagi

tadi ana sempat YM bersama seorang akhwat. kami sama2 menanyakan khabar. maklumlah, dah berapa bulan tidak bersua. sekali sekala YM bersama akhwat blh meningkatkan semangat kita berjihad. apabila iman kita menurun, ia adalah sunnah. tapi memeliharanya agar tidak terus jatuh, itu lebih baik. memang pada waktu ini iman ana sedikit merudum. bukan sedikit, sebenarnya agak banyak juga. hidup 2 bulan tanpa pengisian memang sungguh menderitakan. ana perlu survive utk menjaga iman ana. siapa kata ana tak pernah tergoda dengan tv?? banyak kali juga. jika terlalai, ana cepat2 melakukan kerja lain bagi mengatasi godaan tv supaya tidak terus hanyut. bak kata ayah ana, "kamu adik beradik ni mengaibkan org yang belajar di sekolah agama. leka dengan tv" takkala ayah ana melihat adik beradik ana yang lain begitu ghairah menonton perlawanan tenis. skrg ni di rumah ana demam tenis. masing-masing ada kegemarannya. NADAL...ROGER (ana tau skt2 sbb depa selalu sebut). alhamdulillah, setakat ni ana tak terpengaruh. lagipun, ini anugerah Allah pada ana sbb ana memang tak beberapa minat sangat tgk2 sukan. tapi, macammana ngan adik beradik ana yang lain??? kadang2 ana tak sanggup lihat family ana sanggup berjaga malam utk menonton perlawan tenis. tak cukup dengan itu, habis internet dilayari bagi mendapatkan info terbaru sukan tenis. tak sangka demam tenis begitu teruk. sedih ana memikirkan keadaan ni. ana tak kuat menghadapinya.. tiada tempat meluah rasa.. apa gunanya ana di rumah sedang dakwah family tak memuaskan.sekali sekala ana terkasar bahasa bila tidak tahan dengan keadaan rumah.. tertekan sungguh melihat dakwah ana di rumah begini.. YA ALLAH, APA PERLU HAMBA LAKUKAN???

0 comments: