CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 17, 2008

kerana 40 sen...

Teringat pada kenangan ana bersama sahabat ana sewaktu meng’order’ makanan utk dibungkus di gerai sblh medan gopeng... lapar dong..!! waktu tu hmpr maghrib. Setelah makanan dipesan, ana duduk di bangku paling hadapan sekali. Ana n liza(bukan nama sebenar) asyik melayan gelagat manusia yg berkunjung ke restoran tersebut. Ada yang berbual bersama rakan semejanya, ada yang khusyu’ menonton tv, ada yang sedang makan, ada yang asyik tersengih-sengih..(”,).. masing2 ada caranya tersendiri.. sedang asyik menonton gelagat mereka, ana terfikir sendiri..dari duk tengok menengok ni, baik buat kerja lain kan?? Lantas, tangan mencapai akhbar berdekatan.. menarik jugak topik hari ni.. tapi, bak kata orang dah ketinggalan zaman. Orang lain baca awal pagi, ana baca lewat petang.. tapi, takpe la.. dapat info baru.. kes sosial, macam biasa... setiap hari ada je kes baru.. kes altantuya pon tak habis2 lagi.. kes hilang anak pon semakin meningkat.. tiba-tiba...
”cik, mahu minta derma ya. Ini untuk bina sekolah agama...” kata seorang pakcik yang ntah dari mana muncul sambil menunjukkan sehelai surat (yang ada cop ngan tandatangan tu).. ana hanya pandang sekilas pada rangkap pertama sahaja segera menghulurkan EMPAT PULUH ’sen’ (sbb waktu tu ongkosnya nggak cukup sih).
” cik ni muslim ke kafir?” tanya pakcik tu lagi. Ana yang kurang mengerti menjawab ” saya muslim pakcik”. Tapi, ana sungguh terkejut dengan kata-kata pakcik setelah dia mengucapkan” saya rasa awak ni kafir la. Kalau kafir, takyah la pakai tudung labuh macam ni!!!”
Ana terlopong memandang pakcik tadi. KAFIR?? Salahkah ana memberinya rm0.40??? ana menahan kemarahan..kalau ikutkan, nak je berdiri membentak meja dan kerusi..tapi, ana masih ada rasa malu. Ana diamkan diri. Liza yang dari tadi hanya mendiamkan diri (sbb waktu tu liza sakit perut) segera menanyakan hal yang baru berlaku..
Rasa marah masih ada lagi dalam hati.. sedih pun ada.. macam-macam perasaan ada.. tak taula nak bagitau cane.. pakcik tadi dah hilang dari pandangan. Rasa lega sikit.
Kelegaan tak berpanjangan.. tiba-tiba dari belakang ada seseorang membisikkan dari telingan ana..” kalau kafir, takyah berlakon pakai tudung labuh macam ni!!”.. ana mengenali suara ni!! Ni suara pakcik tadi.kemarahan ana kembali memuncak tapi ana segera bertahan. Selepas pakcik tadi melafazkan kata-kata, dia terus beredar meminta derma di meja yang lain pula...

Sepanjang menunggu makanan, ana banyak berfikir sendiri.. sepatutnya apa tindakan ana yang paling wajar?? Mungkin pakcik tu marah sebab dia mengharapkan ana bagi lebih dari RM0.40. mungkin pakcik beranggapan orang yang memakai tudung labuh, faham dengan situasinya (sbb sumbangan yang diminta untuk membantu orang islam juga).. ana tak tahu.. waktu tu, tanpa disedari, air mata minitis....

2 comments:

ummu_abdullah said...

itulah yang amat dikesali... peminta derma yang ikhlas sepatutnya menerima seadanya apa yang ikhlas dari seseorang... tidak mengungkit-ungkit apa yang diberi orang. itukan adab bila kita menerima sesuatu... tambah pulak derma untuk sekolah agama, mana nak datang barakahnya bila mnyakiti orang yang memberi... wallahua'lam...

Anonymous said...

perghh.. ana bace pun rase nak bagi penendang je kat pak cik tu.. uhh.. sabar la.. nabi yang d lempar taik pun masih pergi menjenguk org itu sakit.. siap bagi makan lagi.. dah tu, kena kutuk2 lagi..

len kali.. bila ada camni.. senyum.. dan rasionalkan minda.. baru terkeluar apa yang d jawab.. pastu syarah la dgn sepuasnya.. pagi pengisian materi ke, tadabbur quran ke

hoho