CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, December 9, 2007

adakah kita seorang Dai'e yang bersikap GOPOH dan HUKUM

Dai’e: wajarkah bersikap menghukum dan gopoh?????!!!


....................................................................

Situasi 1:

”kenapa? Bagi ana, dia ok je. Banyak perubahan yang dah dia buat. Mungkin sem lepas, dia kurang bagi komitmen. Tapi, sem ni dia 2 kali je miss datang taalim. Tu pun memang sebab yang tak boleh dielakkan.sebab syar’ie”

”ana dengar dia banyak alasan..bukan ke dah lama dia ikut taalim.dah 2 tahun dah. Tak yah la kita fokus pada dia. Banyak lagi yang boleh kita grab. Ramai lagi yang nak..”

”ya, ana faham. Ana akan tetap bagi taalim pada mad’u lain yang inginkan pengisian. Alasan?? Anti rasa anti macam mana waktu mula-mula ditarbiyah? Even bila kita semua di level halaqah pun sentiasa bagi alasan jugak kan?”

”.....” (senyum)

”kita jangan terlalu gopoh dalam menilai mad'u. kurangkan rasa bosan dengan sikap mad'u yang macam tu. Ingat tak ana pernah bagi tafsir surah Ali-Imran ayat 164 dalam halaqah kita. Dalam surah tu nabi Ibrahim berdoa pada Allah supaya diperkenankan 4 doa. tempoh antara Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad jauh, tapi Allah tetap memakbulkan doa Nabi Ibrahim. Malah, dia tambahkan lagi 1 permintaan. Untuk lebih faham, kita rujuk surah al-baqarah ayat 151. yang penting, kita kena lebihkan kesabaran. Ini ditegaskan lagi dalam ayat seterusnya, surah yang sama ayat 153. Jangankan kerana Allah lambat makbulkan doa, kita putus asa dan menyebabkan kita meninggalkan objek dakwah kita. Anti tahu kisah Nabi Yunus yang meninggalkan kaumnya bila seruannya tidak dituruti kan? Yang penting, kita bersabar dan teruskan kesabaran. Mungkin, Allah sedang menguji sikap sabar kita. Nabi Nuh pun berdakwah selama 950tahun walaupun hanya beberapa orang je yang mendengar seruannya. Inilah sikap sebagai dai’e yang kita nak.tak mudah putus asa, tak gopoh, beri mad’u kita peluang untuk berubah, setiap orang mempunyai tempoh yang berbeza untuk memahami dakwah.”

”.....”

”ana rasa, perkara tu boleh disetelkan. Kita boleh bentuk sewaktu dia di level halaqah. Tak ke macam tu? Lagipun, ana rasa dia boleh pergi ke depan. Dengan kesungguhan yang dia tunjukkan, ana yakin mungkin satu hari nanti dia akan jadi lebih baik dari ana. Mungkin selama ni ana tak dapat bina dia. Tapi ana Cuma harap murabbiyah baru boleh membentuk dia menjadi dai’e yang lebih baik. insyaAllah. ana pun tau setiap akhwat berbeza tahap kefahamannya. mungkin akan tiba masanya Allah akan tambahkan kefahaman pada kita. itupun dari kesungguhan doa dan usaha kita”

"................................."

.........................

Situasi 2:

”anti, ana nak bincang sesuatu.. ana rasa anak halaqah ana tak bagi komitmen yang baik la. Hari tu, dia sebenarnya kena mengisi kat daurah X. Tapi, dia tak datang. ”

”ada dia bagitahu sebab ketidakhadiran? Mana tahu ada sebab tersendiri”

”ala.. beralasan je. Dia kata masalah family. Dari dulu ana perhati dia banyak bagi alasan masalah family. Tak setel2 sampai sekarang”

”anti.. ana rasa kita kena dengar dulu alasan dia. Kan pernah kita dengar pengisian dari murabbiyah kita. Sewaktu Hatib Bin Abi Baltaah membocorkan rahsia sebelum berlakunya perang badar. Apa yang Rasulullah buat? Dia maafkan kesalahan Hatib kan, sebab alasan yang dikemukakan oleh Hatib sesuai dengan keadaan waktu tu. Dia risaukan keselamatan keluarganya. Rasulullah tak terus menghukum perbuatannya kan. Lagipun Hatib masih baru memeluk islam”

” tapi, dia tu dah lama ditarbiyah. Lebih lama dari ana. Tak wajar dia buat macam tu..”

“ ana sebenarnya dah tanya dia kenapa dia tak dapat mengisi. Dia punya masalah yang dikira berat. Kita kena lihat keadaan semasa. Memang ana pun su’uzon dengan dia waktu mula-mula ana dapat berita ni. Tapi bila ana tanya, memang wajar dia buat macam tu. Itu satu strategi dari dia untuk dakwah family. Bila ana fikir balik, kita pun jangan main redah je, kena fikirkan strategi dalam bertindak. Sama-sama fikirkan ke depan apa akibatnya. lagipun, dia dah membantu akhwat yang ganti dia mengisi. Dia ada buat ringkasan materi”

”ana tak tahu yang tu”

”anti sebenarnya sebagai murabbiyah kena tanya sendiri. Ana tak nak ambik hak anti sebagai murabbiyah dia. Cuba fikir, kenapa dia tak beritahu anti alasan dia? Seperti yang anti tahu, murabbiyah bertindak seperti ibu. Kena mendengar masalah dia. Bukan cepat menghukum dia. Lagi satu, anti harus ingat, tekanan dari keluarga yang dia hadapi inilah ana rasa tarbiyah paling baik dari Allah untuk dia. Setiap akhwat akan hadapi beban yang sesuai dengan kesanggupan dia. Setiap akhwat juga berbeza tekanannya. Kan kita sama-sama bedah buku ”Golongan yang tercicir” karya Fathi Yakan. Pada pendapat ana, dia pun tetap salah sebab tak bagitahu cerita sebenar kepada anti sebagai murabbiyahnya. Ana cakap bukan kerana ana lebih baik tapi sebagai peringatan untuk ana yang bercakap dan anti sebagai pendengar...”

Khaulah^_^ berkata:

Adakah kita bersikap menghukum??

Adakah kita bersikap gopoh??

Mungkin anda tidak mengalami perkara ini. Tetapi tak mustahil ia adalah realiti yang berlaku dalam dunia dakwah dan tarbiyah... apa pendapat anda???

Tuesday, November 27, 2007

Bagaimana ingin menyentuh hati mad'u..??

salam..
bagaimana ingin menyentuh hati mad'u?? di sini ana mengharap antunna memberi komen mengenai startegi menyentuh hati mad'u@objek dakwah supaya mereka juga menerima kefahaman terhadap islam.. insyaAllah..
pada pendapat ana...
1. ikhlaskan niat..
2. perlu faham mengapa kita perlu menggunakan metod dakwah fardiyah
3. kedekatan pada Allah mesti utuh.. macammana nak menyentuh hati objek dakwah sekiranya hati kita sendiri kotor??
4... komen anda...
w'salam
^_^

Thursday, November 15, 2007

new azam!!

blog ni ana publish lepas blog dulu (khaulah85.blogspot) ana delete.. biarlah ia menjadi rahsia kenapa ana buat macam tu...