CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 14, 2009

fanatik kamera dan dakwah..

StudioMuslim | Mencari Peribadi Muslim
Fanatik Kamera dan Dakwah
Mar 12th, 2009
by Azree Hanifiah.


post ini sipetik dari blog: http://www.studiomuslim.com/

“Jangan beli DSLR jenis Sony. Membazir. Lebih baik beli Canon, lagi elok. Atau pun beli sahaja Nikon.”

“Apa kurangnya Sony berbanding Canon dan Nikon? Gambar boleh jadi lebih cantikkah kalau pakai Canon?”

Ini fanatik brand namanya. Apa yang penting, kita tahu guna setiap fungsi yang ada pada kamera tersebut. Beli kamera mahal-mahal pun tapi tidak explore, rugilah. Ada kawan pakai kamera DSLR brand mahal, tapi gambar macam itu juga – tidaklah cantik sangat. Ada seorang jurufoto sebuah badan kerajaan yang saya kenal, pakai Nikon D3, gambar yang diambil lebih kurang juga.

Skil atau teknik kita mengambil gambar perlu diambil berat. Kamera mahal atau brand terkenal sekali pun tidak akan menjadikan gambar saudara itu cantik atau kelihatan profesional. Jurufoto professional bukanlah terletak pada brand kamera yang dia miliki tetapi terletak pada kemahiran yang dia punyai.

Apabila saudara ingin digelar sebagai jurufoto bertaraf profesional, kualiti yang ada pada saudara bukan terletak pada brand kamera tetapi terletak kepada cantik atau tidak hasil gambar yang ditangkap.

Sebelum saudara beli kamera DSLR, tanya diri sendiri dahulu berapa banyak duit yang saudara boleh laburkan dan juga leburkan. Kalau bajet bawah RM 3000, lebih baik beli kamera DSLR berharga RM 2000 ke bawah. Lagi RM 1000, gunakan buat beli lens dan juga untuk pergi kelas fotografi.

Lain orang lainlah kesesuaiannya. Sebelum beli, cuba dahulu semua kamera DSLR yang ada di kedai tersebut. Kalau rasa sesuai dengan diri, ambil. Dan kalau rasa ada guru yang guna kamera yang sama dan boleh ajar, lagi bagus.

(Saya merupakan seorang pengguna Olympus E520)

Fanatik dan ghuluw

Fanatik mengikut George Santayana, seorang ahli falsafah berbangsa Sepanyol, mengatakan maksud fanatic sebagai “melipatgandakan usaha walaupun lari daripada matlamat sebenar”. Winston Churchill pula menjelaskan orang yang fanatik adalah “orang yang tidak mahu berubah apabila menerima nasihat daripada orang luar”.

Ghuluw merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bermaksud melampaui batas. Boleh juga kita panggil sebagai taksub dan fanatik. Situasi ghuluw wujud salah satu sebabnya kerana kurangnya ilmu dan kurangnya maklumat sehingga kita berasa kagum terhadap seorang personaliti atau pun kumpulan.

Ini yang masih berlaku dalam situasi gerakan-gerakan dakwah. Taksub kepada satu gerakan menyebabkan kita mengatakan cara dakwah gerakan yang lain tidak berkesan atau jalan yang dilalui oleh gerakan lain tidak betul.

Lain orang lainlah kehendak. Ada orang lebih suka cara dakwah yang digunakan oleh gerakan tabligh, maka masuklah dia ke dalam gerakan tabligh. Ada orang lebih sukakan aktiviti, maka masuklah dia ke dalam gerakan yang menyediakan aktiviti-aktiviti menarik.

“Ah! Gerakan itu tak buat kerja dakwah pun.”

Ini pun satu hal. Sudahkah yang mengatakan itu duduk sama dalam program-program gerakan tersebut?

Tiru cara doktor

“Tengoklah budak itu macam mana sekarang. Dulu masa berubah siap berserban. Tak lama, sekarang sudah merokok. Cara orang itu dakwah budak itu tak betul.”

Apabila melihat hasil yang tidak menjadi, kita menyalahkan orang yang menguruskannya.

Kita lihat satu situasi:

Seorang pesakit pergi berjumpa dengan seorang doktor.

“Tuan doktor, minggu lepas saya berjumpa doktor klinik A. Tapi sampai sekarang sakit gatal-gatal pada kulit saya masih lagi tidak sembuh-sembuh.”

“Boleh saya tahu jenis ubat yang diberi?”

Selepas doktor tersebut selesai memeriksa pesakit tersebut dan jenis ubat yang telah diberi doktor sebelumnya, dia memberi ubat dan penyelesaian yang lain tanpa menyalahkan ubat yang diberi oleh doktor sebelum itu pun.

Tidak pula doktor itu berkata, “Ubat yang doktor sebelum ini bagi salah atau doktor sebelum ini sudah silap diagnose.”

Berdakwah itu bukan buat sekali terus jadi. Ia merupakan satu proses panjang. Sama juga kalau kita hendak promosi barang atau produk. Kalau cara pertama tidak berkesan, kita guna cara kedua. Kalau cara kedua pun tidak berkesan, kita guna cara ketiga.

Jangan berhenti berusaha. Pelbagaikan teknik dan kuatkan azam. Lama-kelamaan kita akan dapat rentak dan teknik sendiri, malah kita akan faham menilai keadaan dan manusia.

Sama macam ambil gambar, kalau sudut pertama tidak menarik kita cuba sudut yang lain pula. Brand tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kita tidak mahu mencuba.

Tuesday, May 12, 2009

sabar..sabar dan tetapkan kesabaran...

mendengar dan melihat sahabatku bertunang dan nikah satu persatu menyebabkan rasa hati ingin menikmati rasa bahagia yang dipamerkan oleh mereka..perasaan semakin menjadi-jadi apabila soalan yang kerap kali ditanyakan oleh ibu bapa tentang calon yang tak kunjung-kunjung tiba..juga soalan dari anak murid yang bertanyakan 'cikgu tak couple ke?',takde org meminang?'menyebabkan hati semakin gundah memikirkan masa depan diri sendiri dengan usia yang semakin meningkat..siapa yang tidak mahu menikah.??ana yakin, semua mahu..ana yakin siang malam,sahabat-sahabat ana tidak jemu meminta dipermudahkan jodoh dan ditemukan dengan pelengkap tulang rusuk yang menjadi penyejuk mata, penawar di hati..ana yakin sahabat-sahabatku ini terus berdoa tanpa jemu kerana yakin dengan ketentuan Allah.. betapa sahabatku ini merayu sambil menangis mengharapkan barakah dalam pernikahan yang bakal dilalui walaupun jodoh mereka tidak ketahuan.. bisiklah pada hati yang sedang sayu.."sabar..sabar.. dan tetapkan kesabaran.. Allah lebih mengetahui apa yang diri kita lebih perlukan sekarang..jangan sedih..jangan terlalu mendesak kepada Pencipta kerana dia lebih dekat dengan kita dan mendengar keluhan kita..Allah sedang mempersiapkan calon kita mengikut acuan yang telah kita pinta padaNya siang dan malam..sabar..sabar..dan tetapkan kesabaran..Yakinlah..Allah tidak pernah mempersiakan doa hambaNya..samada cepat, lambat..atau Allah sangat menyukai hati kita yang begitu bergantung harap pada Allah ketika meminta sesuatu dariNYa.."

Tuesday, January 13, 2009

air mata insan berlinang yang berbajukan yahudi...

nukilan ni ana petik dari http://pustakamawar.wordpress.com/2009/01/02/boikot-produk-yahudi/. terdapat beberapa komen, tapi ana rasakan komen di bawah sangat kreatif:


p/s: terdapat beberapa perkataan yang dirasakan kurang sesuai. tapi, diharap antum abaikan.

Hari ini tolong angkat tanganmu.
Tolong.
DemiTuhan.
Saat ini juga.
Angkat tanganmu.
berdoalah untuk mereka
Saudara - saudaramu di Palestina.
Cukup Doa Saja
Tak perlu repot-repot mengasihani mereka
karena sesungguhnya kitalah yang patut dikasihani.
Tak perlu kau menangisi mereka
Karena sesungguhnya merekalah
yang menangisi kebisuan kita.

Sekian
dari Laskar Hijau


Setelah tangan di angkat,
ketiak terlihat bulunya
Matapun meneteskan embun
Mulut berkomat-kamit
Yang kita panjatkan tersendat
Tak mampu membuka pintu awan
Tak mampu berlari di atas awan
Makanan kita makanan Yahudi
Minimuan kita minuman Yahudi
Pakaian Yahudi menemani do’a ini
Budaya Yahudi menerjemahkan prilaku
Kita tak ubahnya menjelma menjadi bangsa Yahudi
Tangan masih terangkat
Mata masih berlinang
Bau ketiak semakin tak sedap
Para malaikat berlari-lari meninggalkan kita
Membiarkan berkerumun tanpa dipedulikan
Tak membawa pesan apapun kepada Robb-Nya
Tak ada email atau posting penting yang bisa disampaikan
Membiarkan kita angkuh dengan unjuk kekuatan partai
Demo partai
Malaikat semakin menjauh, karena
Bau mulut,
bau keringat,
Bau tinja
Sama baunya dengan bau Yahudi

Monday, October 20, 2008

alangkah baiknya...

pelajar menendang cikgu?? ini sesuatu yang baru!! benarkah pelajar kini tak boleh dikawal??
cuba kita renungkan...
1. undang2 sekolah melarang pelajar membawa handphone ke sekolah..TAPI, pelajar bawa juga. bukan setakat handphone biasa yang hanya sms dan call tapi boleh melihat vidoe lucah bersama teman2.

2. udang2 sekolah menggalakkan pelajar muslim memakai tudung.. TAPI, apabila pelajar ditegur, ibu bapa pelajar sendiri hadir ke sekolah menanyakan cikgu yang menegurnya "Mana ayat quran yang suruh pakai tudung???!!!!"( sambil memegang al-quran). Apa yang cikgu boleh buat jika pada waktu itu cikgu terlupa pada ayat berkenaan atau mungkin cikgu sendiri tidak tahu?? ibu bapa sendiri tidak setuju dengan tindakan guru apatah lagi anaknya.

3. cikgu menegur pelajar yang mewarnakan rambutnya.. TAPI, apa yang pelajar itu jawab.. "dari kecik memang rambut saya macam ni". sedangkan cikgu itu sudah mengenali pelajar itu dari tingkatan 1 lagi. masakan rambut boleh berubah warna dari hitam kepada warna merah?? tambah pelajar lagi "ala cikgu, saya pi kolam renang, pantai..mestilah panas. warna rambut pun jadi macam ni la. kalau cikgu tak caya, tanya mak saya!!" cikgu merenung rambut pelajar tadi. dalam hatinya berfikir, takkan secalit tu je warna merah?? apa yang boleh cikgu lakukan??

4. cikgu menegur pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah dengan nada tegas sambil menunjukkan rotannya. pelajar terus menghubungi ibu bapanya.. petang itu juga ibu bapanya datang ke sekolah dan mengugut akan membuang cikgu tersebut jika perkara ini berulang lagi sambil menyatakan "saya kenal menteri atas2 tu. saya boleh suruh dia pecat kamu". apa yang boleh cikgu lakukan??

ITU SEMUA YANG BERLAKU DI SEKOLAH..BELUM LAGI DI LUAR SEKOLAH..

< Astro >>wanita seksi menyanyikan lagu..iklan kereta yang hanya sekecil kuman tetapi wanita dimanipulasikan..terdedah segalanya!! pelajar tertelan air liur..

< Shopping complex >>.merata-rata gambar wanita yang terdedah segala-galanya. yang REAL pun ada juga. kiri kanan depan belakang. di segenap ceruk ada. pelajar sekali lagi tertelan air liur.

<< majalah hiburan >>. semua jenis wanita ada. pelajar buat kali ketiga tertelan air liur.

< kawan-kawan >> otai-otai pun ada. kaki perempuan pun ada. kaki disko pun ada. kaki pukul pun ada. kaki rempit pun ada. kaki samun pun ada. kaki minum pun ada. kaki dadah pun ada. kaki bangku pun turut serta. pelajar buat kali pertama meludahkan air liurnya..

apa yang boleh cikgu lakukan??? cikgu sekarang hilang kuasa.. adakah peranan cikgu hanya mengajar ilmu sahaja?? di manakah peranan guru sebagai pendidik??

adakah terealisasi jika...


1. channel2 tidak berfaedah di AStro pelajar tukar kepada channel informatic, berfaedah atau membangkitkan semangat cintakan islam??
2. shopping complex ditukar kepada masjid di mana tempat ini sentiasa penuh dengan pelajar2 tidak kira waktu?
3. majalah hiburan ditukar kepada Al-Quran?
kawan-kawan bermacam kaki kepada kawan-kawan kaki majlis ilmu, halaqah dan program ruhiyyah?
ALANGKAH BAIKNYA!!!
anda pelajar, cikgu atau bukan kedua-duanya?? tetapi mustahil anda tidak pernah hidup sebagai pelajar...

Sunday, October 19, 2008

saham jatuh lagi

tadi ana sempat YM bersama seorang akhwat. kami sama2 menanyakan khabar. maklumlah, dah berapa bulan tidak bersua. sekali sekala YM bersama akhwat blh meningkatkan semangat kita berjihad. apabila iman kita menurun, ia adalah sunnah. tapi memeliharanya agar tidak terus jatuh, itu lebih baik. memang pada waktu ini iman ana sedikit merudum. bukan sedikit, sebenarnya agak banyak juga. hidup 2 bulan tanpa pengisian memang sungguh menderitakan. ana perlu survive utk menjaga iman ana. siapa kata ana tak pernah tergoda dengan tv?? banyak kali juga. jika terlalai, ana cepat2 melakukan kerja lain bagi mengatasi godaan tv supaya tidak terus hanyut. bak kata ayah ana, "kamu adik beradik ni mengaibkan org yang belajar di sekolah agama. leka dengan tv" takkala ayah ana melihat adik beradik ana yang lain begitu ghairah menonton perlawanan tenis. skrg ni di rumah ana demam tenis. masing-masing ada kegemarannya. NADAL...ROGER (ana tau skt2 sbb depa selalu sebut). alhamdulillah, setakat ni ana tak terpengaruh. lagipun, ini anugerah Allah pada ana sbb ana memang tak beberapa minat sangat tgk2 sukan. tapi, macammana ngan adik beradik ana yang lain??? kadang2 ana tak sanggup lihat family ana sanggup berjaga malam utk menonton perlawan tenis. tak cukup dengan itu, habis internet dilayari bagi mendapatkan info terbaru sukan tenis. tak sangka demam tenis begitu teruk. sedih ana memikirkan keadaan ni. ana tak kuat menghadapinya.. tiada tempat meluah rasa.. apa gunanya ana di rumah sedang dakwah family tak memuaskan.sekali sekala ana terkasar bahasa bila tidak tahan dengan keadaan rumah.. tertekan sungguh melihat dakwah ana di rumah begini.. YA ALLAH, APA PERLU HAMBA LAKUKAN???

Friday, October 17, 2008

kerana 40 sen...

Teringat pada kenangan ana bersama sahabat ana sewaktu meng’order’ makanan utk dibungkus di gerai sblh medan gopeng... lapar dong..!! waktu tu hmpr maghrib. Setelah makanan dipesan, ana duduk di bangku paling hadapan sekali. Ana n liza(bukan nama sebenar) asyik melayan gelagat manusia yg berkunjung ke restoran tersebut. Ada yang berbual bersama rakan semejanya, ada yang khusyu’ menonton tv, ada yang sedang makan, ada yang asyik tersengih-sengih..(”,).. masing2 ada caranya tersendiri.. sedang asyik menonton gelagat mereka, ana terfikir sendiri..dari duk tengok menengok ni, baik buat kerja lain kan?? Lantas, tangan mencapai akhbar berdekatan.. menarik jugak topik hari ni.. tapi, bak kata orang dah ketinggalan zaman. Orang lain baca awal pagi, ana baca lewat petang.. tapi, takpe la.. dapat info baru.. kes sosial, macam biasa... setiap hari ada je kes baru.. kes altantuya pon tak habis2 lagi.. kes hilang anak pon semakin meningkat.. tiba-tiba...
”cik, mahu minta derma ya. Ini untuk bina sekolah agama...” kata seorang pakcik yang ntah dari mana muncul sambil menunjukkan sehelai surat (yang ada cop ngan tandatangan tu).. ana hanya pandang sekilas pada rangkap pertama sahaja segera menghulurkan EMPAT PULUH ’sen’ (sbb waktu tu ongkosnya nggak cukup sih).
” cik ni muslim ke kafir?” tanya pakcik tu lagi. Ana yang kurang mengerti menjawab ” saya muslim pakcik”. Tapi, ana sungguh terkejut dengan kata-kata pakcik setelah dia mengucapkan” saya rasa awak ni kafir la. Kalau kafir, takyah la pakai tudung labuh macam ni!!!”
Ana terlopong memandang pakcik tadi. KAFIR?? Salahkah ana memberinya rm0.40??? ana menahan kemarahan..kalau ikutkan, nak je berdiri membentak meja dan kerusi..tapi, ana masih ada rasa malu. Ana diamkan diri. Liza yang dari tadi hanya mendiamkan diri (sbb waktu tu liza sakit perut) segera menanyakan hal yang baru berlaku..
Rasa marah masih ada lagi dalam hati.. sedih pun ada.. macam-macam perasaan ada.. tak taula nak bagitau cane.. pakcik tadi dah hilang dari pandangan. Rasa lega sikit.
Kelegaan tak berpanjangan.. tiba-tiba dari belakang ada seseorang membisikkan dari telingan ana..” kalau kafir, takyah berlakon pakai tudung labuh macam ni!!”.. ana mengenali suara ni!! Ni suara pakcik tadi.kemarahan ana kembali memuncak tapi ana segera bertahan. Selepas pakcik tadi melafazkan kata-kata, dia terus beredar meminta derma di meja yang lain pula...

Sepanjang menunggu makanan, ana banyak berfikir sendiri.. sepatutnya apa tindakan ana yang paling wajar?? Mungkin pakcik tu marah sebab dia mengharapkan ana bagi lebih dari RM0.40. mungkin pakcik beranggapan orang yang memakai tudung labuh, faham dengan situasinya (sbb sumbangan yang diminta untuk membantu orang islam juga).. ana tak tahu.. waktu tu, tanpa disedari, air mata minitis....

Saturday, May 10, 2008

kenangan yang tak terlupakan (bhgn 2)

1st day assembly di SMTI..

pagi isnin 14hb Januari 2008, ana n sahabat ana, liza(bukan nama sebenar) siap awal pagi..maklumlah..nak datang sekolah buat kali kedua setelah 5 tahun tak melalui zaman persekolahan.yang bezanya kali ni bukan sebagai student. tapi GURU PELATIH UPSI..baju dah siap gosok malam tu. liza plak dah gosok untuk seminggu (khaulah^_^ kata:bagus kan??). pagi tu lepas siap2, duduk jap.. jantung tak henti-henti lagi berdebar..tgk jam baru pukul 6.50pg. awal lagi..makan biskut jap..minum air kotak susu anelene (khaulah^_^ kata: untuk menguatkan gusi!!).tak pergi lagi ke sekolah sebab rasa awal. lagipun nak ke sekolah 5 minit je..(khaulah^_^ kata:sebab duduk asrama).tunggu punya tunggu, kami pon dah rasa masa ni sesuai kot pergi. waktu tu pukul 7.15pagi. kami pun berjalan sama-sama. tap..tap..tap..jalan-jalan melalui blok aspuri, pokok, surau, turun tangga, lalu kantin, blok D, blok C..last sekali..tap..tap..tap.. PERHIMPUNAN DAH MULA????????? ana dan liza mula panik.. rugi betul tadi tak datang awal padahal dah siap dah..ish..ish..jalan yang ana dan liza ambik terpaksa melalui pelajar-pelajar dan guru-guru yang sedang berhimpun..waktu tu malu sangat..ada mata-mata pelajar yang memerhatikan kami..malunya..tapi kami buat muka confident (khaulah^_^ kata: padahal liza je yang buat muka confident.). sambil berjalan, ana tanya pendapat liza dalam keadaan mulut macam tak bergerak. "jom pi pejabat. konon-konon macam tak tahu". liza bersetuju..sebenarnya silap kami jugak. padahal boleh je tanya pelajar aspuri start perhimpunan pukul berapa. tapi tak terfikir. sekolah ni, dalam pukul 7.10pg dah start perhimpunan.
kami ke pejabat. jumpa k.salwa. berborak jap. bagitau yang kami tak tau start assembly kul berapa. itulah sebab lewat. k.salwa cadang pergi jugak ke dataran perhimpunan. kami malu sbb lmbt dah..k.salwa pujuk jugak..kami pun pergi. sampai kat sana, kerusi penuh pulak kat belakang. terpaksa kami duduk di depan. dekat sebelah pn hjh hasyimah (khaulah^_^ kata: dekat barisan ketua-ketua bidang, penolong kanan). waktu tu muka ana dah tebal lebih seinci..malu..!!kaki pun tak reti nak letak macam-mana..tangan kejap-kejap ke situ..ke sini..keadaan muka pun tak tahu mcmn samada nak senyum ke..masam ke..datang lambat.pastu kena duduk depan..fisrt day dah macam ni. membuurukkan nama UPSI je..isk..isk..isk..tiba waktu pengetua berucap, pngetua memperkenalkan kami berdua. kami berdiri ketika nama disebutkan. malu dah mula hilang sedikit demi sedikit. alhmdlh, cikgu-cikgu peramah. senang diajak berbicara. takdelah kami rasa kekok..

bersambung..

khaulah^_^ berkata: jangan buat hal bila 1st day datang praktikal tau..!!