CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, January 10, 2008

Dunia Oh Dunia

Sungguh cepat detik masa berlalu.
Sedar tanpa mahu, sudah lebih dua dekad diri ini menghabiskan usia di bumi yang sekadar dipinjamkan oleh Allah, pencipta dan pemilik Yang Maha Kekal...

Semakin hari semakin kukenal dengan Dunia, semakin sukar untuk aku mengawal diri.
Aku tidak mahu terlampau asyik dengannya. Aku juga tidak ingin sentiasa berdampingan dengannya. Sungguh, aku tidak mahu hatiku jatuh cinta padanya kerana aku tahu ianya tidak kekal melainkan Akhirat yang pasti. Namun, Dunia ini terus menggodaku, membuatkan aku resah dan gelisah. Disogoknya aku dengan segala kemanisan: Harta, Hiasan, dan Hiburan. Maka, tergelak sukalah nafsuku bila dilayan habiskan masa bersuka ria shopping, tengok movies, dan buat benda lagho. Antara keperluan dan bukan; antara manfaat dan pembaziran…Bukan aku tak tahu semua tu, malah hati sendiri sedih bila mengenangkan iman yang seperti badai. Tenggelam, dan timbul. Turun, serta naik.

Kenapa aku sering saja terleka dihanyutkan arus dunia?
Satu soalan bonus. Bukan aku buta dengan tujuan penciptaanku. Dah berkali-kali diingatkan, baik di bangku sekolah dulu mahupun di tazkirah maya sekarang. Seorang teman menulis:

Memandang ke langit mencari bintang,
Tak jumpa bintang diri meradang;
Bertanya hidayah bilakan datang,
Tak sedar diri lupa mengundang.

Betul, apa guna menanti kalau tidak mencari. Kehidupan ini terhad. Bumi sudah terlalu tua, alam hampir benar sampai ke penghujungnya. Satu demi satu bencana silih berganti. Peperangan demi peperangan makin membebankan umat manusia. Keamanan terakhir yang dijanjikan Allah mungkin bakal muncul seabad dua akan datang, mungkin juga setahun dua dari sekarang. Ya, keamanan terakhir. Penamat kekusutan duniawi.

Ya Allah, sukar kuungkapkan dengan perkataan betaba hibanya hatiku memikirkan nasibku kelak. Betapa takutnya aku untuk berhadapan dengan slaid paparan akhirat. Betapa malunya untuk melihat liku kehidupanku. Betapa pilunya aku nanti untuk mengaku dosa-dosaku yang menggunung tinggi.

Perlukah aku terus berkeluh kesah begini? Sendiri maklum dengan jawapan. Ya, aku harus membuat resolusi. Peluang masih terbuka selagi langit belum digulung. Mata masih belum kabur, dan hati masih belum mati. Perlu kuubah kegagalan yang lampau, akan kupegang kembali fitrah janjiku—menjadi khalifah suci di muka bumiMu.

Bantulah diriku wahai teman, jauhkanlah aku dari godaan Dunia.

khaulah^_^: nukilan ini dipetik dari MISG online. ia juga seperti nukilan hati khaulah di kala merasakan dunia ini semakin merajai diri..(!..!)

Wednesday, January 9, 2008

Hawa

untuk kaum Hawa :

aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi,
InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG
pErTaMa...
KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
mUdAh DiPeRoLeH..
DiPaRuT...dIpErAh..
dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang...
kEdUa..
KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
bErAdA dI DaSaR lAuTaN..
TeRsImPaN rApI..
DiLiNdUnGi KuLiT..
bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..
hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh..
BeRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn...
dApAt MeMpErOlEhNyA..
HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..
JaDi....
kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdI
kElApA aTaUpUn MuTiArA..(",)