CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 20, 2008

alangkah baiknya...

pelajar menendang cikgu?? ini sesuatu yang baru!! benarkah pelajar kini tak boleh dikawal??
cuba kita renungkan...
1. undang2 sekolah melarang pelajar membawa handphone ke sekolah..TAPI, pelajar bawa juga. bukan setakat handphone biasa yang hanya sms dan call tapi boleh melihat vidoe lucah bersama teman2.

2. udang2 sekolah menggalakkan pelajar muslim memakai tudung.. TAPI, apabila pelajar ditegur, ibu bapa pelajar sendiri hadir ke sekolah menanyakan cikgu yang menegurnya "Mana ayat quran yang suruh pakai tudung???!!!!"( sambil memegang al-quran). Apa yang cikgu boleh buat jika pada waktu itu cikgu terlupa pada ayat berkenaan atau mungkin cikgu sendiri tidak tahu?? ibu bapa sendiri tidak setuju dengan tindakan guru apatah lagi anaknya.

3. cikgu menegur pelajar yang mewarnakan rambutnya.. TAPI, apa yang pelajar itu jawab.. "dari kecik memang rambut saya macam ni". sedangkan cikgu itu sudah mengenali pelajar itu dari tingkatan 1 lagi. masakan rambut boleh berubah warna dari hitam kepada warna merah?? tambah pelajar lagi "ala cikgu, saya pi kolam renang, pantai..mestilah panas. warna rambut pun jadi macam ni la. kalau cikgu tak caya, tanya mak saya!!" cikgu merenung rambut pelajar tadi. dalam hatinya berfikir, takkan secalit tu je warna merah?? apa yang boleh cikgu lakukan??

4. cikgu menegur pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah dengan nada tegas sambil menunjukkan rotannya. pelajar terus menghubungi ibu bapanya.. petang itu juga ibu bapanya datang ke sekolah dan mengugut akan membuang cikgu tersebut jika perkara ini berulang lagi sambil menyatakan "saya kenal menteri atas2 tu. saya boleh suruh dia pecat kamu". apa yang boleh cikgu lakukan??

ITU SEMUA YANG BERLAKU DI SEKOLAH..BELUM LAGI DI LUAR SEKOLAH..

< Astro >>wanita seksi menyanyikan lagu..iklan kereta yang hanya sekecil kuman tetapi wanita dimanipulasikan..terdedah segalanya!! pelajar tertelan air liur..

< Shopping complex >>.merata-rata gambar wanita yang terdedah segala-galanya. yang REAL pun ada juga. kiri kanan depan belakang. di segenap ceruk ada. pelajar sekali lagi tertelan air liur.

<< majalah hiburan >>. semua jenis wanita ada. pelajar buat kali ketiga tertelan air liur.

< kawan-kawan >> otai-otai pun ada. kaki perempuan pun ada. kaki disko pun ada. kaki pukul pun ada. kaki rempit pun ada. kaki samun pun ada. kaki minum pun ada. kaki dadah pun ada. kaki bangku pun turut serta. pelajar buat kali pertama meludahkan air liurnya..

apa yang boleh cikgu lakukan??? cikgu sekarang hilang kuasa.. adakah peranan cikgu hanya mengajar ilmu sahaja?? di manakah peranan guru sebagai pendidik??

adakah terealisasi jika...


1. channel2 tidak berfaedah di AStro pelajar tukar kepada channel informatic, berfaedah atau membangkitkan semangat cintakan islam??
2. shopping complex ditukar kepada masjid di mana tempat ini sentiasa penuh dengan pelajar2 tidak kira waktu?
3. majalah hiburan ditukar kepada Al-Quran?
kawan-kawan bermacam kaki kepada kawan-kawan kaki majlis ilmu, halaqah dan program ruhiyyah?
ALANGKAH BAIKNYA!!!
anda pelajar, cikgu atau bukan kedua-duanya?? tetapi mustahil anda tidak pernah hidup sebagai pelajar...

0 comments: