CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 10, 2008

kenangan yang tak terlupakan (bhgn 2)

1st day assembly di SMTI..

pagi isnin 14hb Januari 2008, ana n sahabat ana, liza(bukan nama sebenar) siap awal pagi..maklumlah..nak datang sekolah buat kali kedua setelah 5 tahun tak melalui zaman persekolahan.yang bezanya kali ni bukan sebagai student. tapi GURU PELATIH UPSI..baju dah siap gosok malam tu. liza plak dah gosok untuk seminggu (khaulah^_^ kata:bagus kan??). pagi tu lepas siap2, duduk jap.. jantung tak henti-henti lagi berdebar..tgk jam baru pukul 6.50pg. awal lagi..makan biskut jap..minum air kotak susu anelene (khaulah^_^ kata: untuk menguatkan gusi!!).tak pergi lagi ke sekolah sebab rasa awal. lagipun nak ke sekolah 5 minit je..(khaulah^_^ kata:sebab duduk asrama).tunggu punya tunggu, kami pon dah rasa masa ni sesuai kot pergi. waktu tu pukul 7.15pagi. kami pun berjalan sama-sama. tap..tap..tap..jalan-jalan melalui blok aspuri, pokok, surau, turun tangga, lalu kantin, blok D, blok C..last sekali..tap..tap..tap.. PERHIMPUNAN DAH MULA????????? ana dan liza mula panik.. rugi betul tadi tak datang awal padahal dah siap dah..ish..ish..jalan yang ana dan liza ambik terpaksa melalui pelajar-pelajar dan guru-guru yang sedang berhimpun..waktu tu malu sangat..ada mata-mata pelajar yang memerhatikan kami..malunya..tapi kami buat muka confident (khaulah^_^ kata: padahal liza je yang buat muka confident.). sambil berjalan, ana tanya pendapat liza dalam keadaan mulut macam tak bergerak. "jom pi pejabat. konon-konon macam tak tahu". liza bersetuju..sebenarnya silap kami jugak. padahal boleh je tanya pelajar aspuri start perhimpunan pukul berapa. tapi tak terfikir. sekolah ni, dalam pukul 7.10pg dah start perhimpunan.
kami ke pejabat. jumpa k.salwa. berborak jap. bagitau yang kami tak tau start assembly kul berapa. itulah sebab lewat. k.salwa cadang pergi jugak ke dataran perhimpunan. kami malu sbb lmbt dah..k.salwa pujuk jugak..kami pun pergi. sampai kat sana, kerusi penuh pulak kat belakang. terpaksa kami duduk di depan. dekat sebelah pn hjh hasyimah (khaulah^_^ kata: dekat barisan ketua-ketua bidang, penolong kanan). waktu tu muka ana dah tebal lebih seinci..malu..!!kaki pun tak reti nak letak macam-mana..tangan kejap-kejap ke situ..ke sini..keadaan muka pun tak tahu mcmn samada nak senyum ke..masam ke..datang lambat.pastu kena duduk depan..fisrt day dah macam ni. membuurukkan nama UPSI je..isk..isk..isk..tiba waktu pengetua berucap, pngetua memperkenalkan kami berdua. kami berdiri ketika nama disebutkan. malu dah mula hilang sedikit demi sedikit. alhmdlh, cikgu-cikgu peramah. senang diajak berbicara. takdelah kami rasa kekok..

bersambung..

khaulah^_^ berkata: jangan buat hal bila 1st day datang praktikal tau..!!

Samakah Handsock & Tarbiyah???

Pernahkah anda mendengar ungkapan, “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Lucu bukan? Jika sekali dengar, kita mungkin akan tertawa. Cuba ulang sekali lagi ungkapan ini.. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Masih kurang jelas? Cuba hayati buat kali ketiga. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Bagi yang muslimah, perhatikan pergelangan tangan anda. Alhamdulillah bagi yang memakai handsock. Tapi, bagi yang tidak berkesempatan untuk memakainya, jangan khuatir. Anda tidak berdosa sama sekali. Tidak tertulis dalam mana-mana kitab kuning, ungu atau coklat atau mana-mana buku yang mengatakan berdosa bagi sesiapa yang tidak memakai handsock. Sekarang, anda merasa lega bukan? Oleh itu, sekarang pejamkan mata. Cuba anda bayangkan bagaimana keadaannya apabila anda menaiki bas. Depan, belakang, kiri dan kanan semuanya manusia yang ingin menuju ke sebuah destinasi yang kita tidak tahu sama sekali. Bagi yang pantas, mungkin akan dapat tempat duduk. Malang bagi kita kerana terpaksa berdiri. Sekarang, anda tiada tempat pemegang supaya keadaan anda di dalam bas stabil dan tidak terumbang ambing mengikut arus. Cuba pandang di atas. Oh, di situ terdapat tempat pergantungan. Anda mencapainya dengan segera. Tapi, apa yang akan berlaku sekiranya pada waktu itu anda tidak memakai handsock? Pada mulanya, memang bahagian lengan anda tidak terdedah. Tapi, jika situasi itu berlaku, apa yang akan anda lakukan?? Nah, mungkin di sinilah anda akan memahami maksud ungkapan ini. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Jika masih kabur...sekarang, kita tukar ungkapan ini kepada ”tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galannya tidak akan bermakna tanpa tarbiyah”. Adakah anda masih kabur???

Khaulah^_^ berkata: hakcipta terpelihara, no ciplak-ciplak. tapi boleh copy..hihi..