CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 10, 2008

Samakah Handsock & Tarbiyah???

Pernahkah anda mendengar ungkapan, “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Lucu bukan? Jika sekali dengar, kita mungkin akan tertawa. Cuba ulang sekali lagi ungkapan ini.. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Masih kurang jelas? Cuba hayati buat kali ketiga. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Bagi yang muslimah, perhatikan pergelangan tangan anda. Alhamdulillah bagi yang memakai handsock. Tapi, bagi yang tidak berkesempatan untuk memakainya, jangan khuatir. Anda tidak berdosa sama sekali. Tidak tertulis dalam mana-mana kitab kuning, ungu atau coklat atau mana-mana buku yang mengatakan berdosa bagi sesiapa yang tidak memakai handsock. Sekarang, anda merasa lega bukan? Oleh itu, sekarang pejamkan mata. Cuba anda bayangkan bagaimana keadaannya apabila anda menaiki bas. Depan, belakang, kiri dan kanan semuanya manusia yang ingin menuju ke sebuah destinasi yang kita tidak tahu sama sekali. Bagi yang pantas, mungkin akan dapat tempat duduk. Malang bagi kita kerana terpaksa berdiri. Sekarang, anda tiada tempat pemegang supaya keadaan anda di dalam bas stabil dan tidak terumbang ambing mengikut arus. Cuba pandang di atas. Oh, di situ terdapat tempat pergantungan. Anda mencapainya dengan segera. Tapi, apa yang akan berlaku sekiranya pada waktu itu anda tidak memakai handsock? Pada mulanya, memang bahagian lengan anda tidak terdedah. Tapi, jika situasi itu berlaku, apa yang akan anda lakukan?? Nah, mungkin di sinilah anda akan memahami maksud ungkapan ini. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Jika masih kabur...sekarang, kita tukar ungkapan ini kepada ”tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galannya tidak akan bermakna tanpa tarbiyah”. Adakah anda masih kabur???

Khaulah^_^ berkata: hakcipta terpelihara, no ciplak-ciplak. tapi boleh copy..hihi..

5 comments:

Ibn Yusof said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hehe saya sukakan post ni. Falsafah yang menarik. Perbanyakkan lagi post yang mengajak berfikir seperti ini :)

zahratulhilal said...

Salam... ni'ma zakirah kan? lama btol ta bjumpe, alhamdulillah skang jpe jg kat alam maya :) wlupun kte kenal kejap je ms safful awwal tp rasa cam de chemistry, rupenye kte dtemukan di jalan yg sama. teruskan menulis..bdw, kte suke analogy ni :)

Tielani said...
This comment has been removed by the author.
Tielani said...

Salam.. saya juga sukakan post yang ini.. menarik gaya penulisannya... boleh x kalau nak copy? saja nak kongsi ngan kawan2 yang lain.. tp saya alihbahasakan ke english..sbbnya blog saya dalam bhsa inggeris.. dan saya akan letak juga link URL saudari ni sbg original source.. apepun..teruskan menulis ya...

btw..tarikh 10 may tu kebetulan pulak sama dengan my bday..hehe